Posted 27/10/2011 by Shafi-Q in AMALAN, UMRAH DAN HAJI. Tagged: Ihram Haji / Umrah, memakai ihram. Leave a Comment
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ihram menurut syarak ialah memulai ibadah haji dan menahan daripada melakukan perkara-perkara yang ditentukan Allah selama memakai ihram itu. Memakai ihram hendaklah dimulai dari miqat iaitu tempat yang telah ditetapkan bagi memakai pakaian ihram.
Ittiba’ ialah perbuatan seorang lelaki yang berihram meletakkan pertengahan kain selepangnya di bawah ketiak kanannya dan dua hujung kain itu di atas bahu kirinya.
Perbuatan ini adalah sunat bagi orang-orang lelaki mengikut pendapat mazhab Imam As-Shafie, Hanafi, Ahmad dan jumhur ulama’. Ini adalah berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Ya’li bin Umaiyah: “Sesungguhnya Nabi SAW telah bertawaf dalam keadaan ittiba’ dan memakai burad. Burad pula adalah sejenis kain bulu berwarna hitam.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ad-Darini, AlBaihaqi dan At-Tirmidzi, disahihkan hadis ini oleh At-Tirmidzi)
Firman Allah SWT: “Hai anak Adam sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi aurat dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” – (Al-A’ra: 26).
.
.
Adab Ihram
Disunatkan sebelum memakai ihram melakukan perkara-perkara berikut :
- Memotong kuku,
- Merapikan misai, janggut dan menyikat rambut,
- Mencukur bulu ketiak dan ari-ari.
- Mandi sunat ihram dan berwuduk.
- Solat sunat Ihram dua rakaat.
- Memakai haruman.
- Memakai dua helai kain putih yang tidak berjahit.
- Setelah memakai ihram perbanyakkan membaca talbiah.
.
a. Niat Mandi Sunat Ihram
.
b. Niat Solat Sunat Ihram
Lakukan Solat Sunat Ihram 2 rakaat kerana Allah.
Rakaat Pertama : Al-Fatihah dan Al-Kafirun
Rakaat Kedua : Al-Fatihah dan Al- Ikhlas
Setelah Solat Sunat Ihram maka maka pasanglah niat Ihram.
.
.
Larangan Ihram
- Memakai pakaian berjahit.
- Menutup kepala bagi lelaki.
- Menutup muka dan kedua tapak tangan bagi perempuan.
- Memakai bau-bauan, krim dan minyak rambut.
- Memendekkan kuku tangan dan kaki.
- Mencabut atau mencukur rambut.
- Melakukan akad nikah.
- Bercumbu-cumbuan atau bersetubuh.
- Menyakiti, memburu atau membunuh haiwan darat.
- Memotong atau mencabut tanaman di tanah suci.
- Bergaduh atau bermusuhan.
.
.
PERHATIAN:
Lakukan perkara-perkara di atas sebelum berniat Ihram. Jika sudah berniat ihram maka tidak boleh lagi memotong kuku, menggunting rambut, memakai minyak wangi, minyak rambut dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment