RUKUN SYAHADAT

 

Rukun Syahadat

27 MUHARRAM 1432

Erti syahadat adalah kesaksian. Dua kalimah syahadat mengandungi 2 kesaksian iaitu:-

1) Syahadat Tauhid ~ kesaksian terhadap keesaan ALLAH swt.
2) Syahadat Rasul ~ kesaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammad saw.

Setiap orang yang menjadi saksi wajiblah mengetahui apa yang disaksikan. Setiap orang yang menjadi saksi wajiblah yakin dengan apa yang disaksikan. Jika orang yang mengaku menjadi saksi tetapi tidak mengetahui apa yang disaksikan itu dan tidak yakin apa yang disaksikan, maka kesaksian orang itu adalah batal.

Menjadi saksi kepada keesaan ALLAH dan kerasulan Nabi saw mestilah dengan syarat tertentu. Maka setiap orang yang bersyahadat wajiblah mempunyai rukun-rukun syahadat supaya syahadatnya (kesaksiannya) diterima.

Rukun syahadat ada empat:-

1) Ikrar dengan lidah ~ iaitu melafazkan satu perjanjian atau pengakuan supaya didengar orang.

2) Tasbit dalam hati ~ iaitu tertanam di dalam hati tentang keesaan ALLAH swt.

3) Amalkan syahadat dalam kehidupan ~ iaitu jangan syirik.

4) Yakin ~ iaitu tahu dalil dan bukti-bukti tentang syadahat yang diucapkan.



No comments:

Post a Comment