Mabit (Bermalam) Di Mudzalifah
Posted 01/11/2011 by Shafi-Q in UMRAH DAN HAJI, Zulhijjah. Tagged: MABIT / Bermalam DI MUDZALIFAH, Nafar Awal / Thani / Akhir. Leave a Comment
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mengakhiri tempoh wukuf, jemaah haji akan berangkat ke Mudzalifah yang terletak 8 km di antara Arafah dan Mina. Mereka perlu sama ada berada sepanjang malam 10 Zulhijjah hingga ke pagi atau berada seketika selepas tengah malam.
.
.
Amalan-Amalan Sunat
- Berdoa
- Berzikir
- Solat Sunat
- Mengutip anak-anak batu untuk ibadah melontar di Mina nanti.
.
.
Pengecualian Mabit Jika Uzur
- Takut terancam keselamatan diri atau harta
- Menjaga atau menemani orang sakit
- Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
- Berpenyakit dan sukar bermalam
- Terpaksa
.
.
Dua Tempat Mabit
Mabit adalah berhenti sejenak atau bermalam beberapa hari untuk mempersiapkan segala sesuatu dalam pelaksanaan melontar Jamrah yang merupakan salah satu wajib ibadah haji. Mabit dilakukan 2 tahap di 2 tempat iaitu di Muzdalifah dan di Mina.
.
a. Tahap Pertama
Mabit di Muzdalifah dilakukan pada tarikh 10 Zulhijah, iaitu selepas tengah malam sehabis Wukuf di Padang Arafah. Mabit tahap pertama ini biasanya hanya beberapa ketika saja, iaitu secukup waktu untuk mengumpul atau mengambilkan 7 biji kerikil guna melontar Jamrah Aqabah.
.
b. Tahap Kedua
Mabit (bermalam) dilakukan di Mina dalam 2 hari (11 dan 12 Zulhijah) bagi yang akan mengambil ‘Nafar Awal’, dan bagi yang akan mengambil ‘Nafar Akhir’ mereka bermalam di Mina selama 3 hari (11,12,13 Zulhijah) . Dari hari pertama sampai terakhir dari mabit di Mina ini adalah melontar ketiga Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah.
.
.
.
Dua Jenis Nafar
Nafar Awal
Nafar Awal bermaksud jemaah hanya melontar Jamrah selama 3 (tiga) hari sahaja, bukan 4 hari seperti Nafar Thani/Akhir. Disebut Awal kerana jemaah lebih awal meninggalkan Mina kembali ke Makkah. Jemaah haji yang melakukan Nafar Awal hanya menginap 2 malam di Mina dan meninggalkan Mina pada tarikh 12 Zulhijah sebelum matahari terbenam.
Jemaah Nafar Awal hanya melontar pada 3 hari dengan jumlah kerikil yang dilontar sebanyak 49 butir.
.
Jadual Jumlah Kerikil
NAFAR AWAL Aqabah Ula Wusta Kerikil
10 Zulhijah 7 x – – 7 Butir
11 Zulhijah 7 x 7 x 7 x 21 Butir
12 Zulhijah 7 x 7 x 7 x 21 Butir
Jumlah Kerikil 49 Butir
.
.
Nafar Thani/Akhir
Disebut Nafar Thani atau Nafar Akhir apabila Jemaah melontar Jamrah selama 4 (empat) hari pada tarikh 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Iaitu jemaah haji, bermalam / menginap di Mina selama 3 (tiga) malam dan meninggalkan Mina pada tarikh 13 Zulhijah.
Jumlah batu yang dilontar oleh jemaah Nafar Thani/Akhir adalah sebanyak 70 butir.
.
NAFAR SANI Aqabah Ula Wusta Kerikil
10 Zulhijah 7 x – – 7 Butir
11 Zulhijah 7 x 7 x 7 x 21 Butir
12 Zulhijah 7 x 7 x 7 x 21 Butir
13 Zulhijah 7 x 7 x 7 x 21 Butir
Jumlah Kerikil 70 Butir
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
No comments:
Post a Comment