Posted 30/10/2011 by Shafi-Q in AMALAN, UMRAH DAN HAJI, Zulhijjah. Tagged: bukit Safa' dan bukit Marwah, Saie / berlari anak / berjalan cepat. Leave a Comment
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ibadah Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah.
.
Kedua bukit yang satu sama lainnya berjarak sekitar 405 meter. Ketika melintasi Bathnul Waadi, iaitu kawasan yang terletak di antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (kini ia ditandakan dengan lampu neon berwarna hijau) para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak, sedangkan untuk jemaah wanita berjalan cepat.
.
Bersaie hendaklah disegerakan selepas melakukan Tawaf Haji atau Umrah. Ibadah Saie boleh dilakukan dalam keadaan tidak berwudhu dan oleh wanita yang datang Haid atau Nifas.
.
.
Syarat-Syarat Saie
- Dilakukan selepas Tawaf Rukun / Tawaf Qudum
- Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah
- Cukup 7 kali dengan yakin dikira daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa
- Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan di Marwah
- Hendaklah saie di Batnu Al-Wadi (tempat yang termaklum)
- Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Saie
.
‘Bathnul Waadi’ – Kawasan di antara dua lampu neon berwarna hijau yang terletak di pertengahan antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (disunatkan berlari-lari anak / berjalan cepat).
.
.
Sunat-Sunat Dalam Mengerjakan Saie
1. Keluar ke tempat Saie melalui Bar As-Safa (pintu Safa) – terletak berdekatan dengan lampu hijau dalam bangunan masjid yang berbumbung, yang bersetentangan dengan Hajar Aswad, yang merupakan garis permulaan Tawaf.
.
2. Menaiki bukit Safa / Marwah hingga sampai ke kawasan berbatu di bukit sambil membaca:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم
.
3. Mengadap Qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah
الله أكبر الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد
.
4. Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda lampu neon hijau atau tiang hijau
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ
.
5. Menaiki hingga sampai ke kawasan berbatu di Bukit Marwah. (Sekarang ini kawasan adalah batu-batu di Bukit Marwah iaitu selepas pembesaran oleh pihak Saudi adalah batu replika sahaja) – sambil membaca:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم
.
6. Muwalat (berturut-turut)
7. Suci dari hadas kecil dan besar
8. Berjalan kaki
9. Berdoa atau berzikir atau membaca al-Quran semasa melakukan Saie.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
No comments:
Post a Comment