Pengertian Kalimah ( Illaha) ﺍ ﻟﻪ

 Pengertian Kalimah ( Illaha) ﺍ ﻟﻪ

April 5th, 2012, 08:02 pm

13 JAMADILAWAL 1433

Apakah pengertian kalimah ﺍ ﻟﻪ  ?

Dalam kalimah tauhid     
ﻻ ﺍ ﻟﻪ ﺍ ﻻ ﺍ ﷲ ,   kalimah ﺍ ﻟﻪ   membawa erti Tuhan iaitu tiada Tuhan melainkan ALLAH. Siapakah Tuhan yang dimaksudkan di dalam kalimah tauhid ini?  Adakah  ﺍ ﻟﻪ  dimaksudkan kepada apa yang disembah oleh orang-orang kafir? Jawapannya ialah tidak. Apa yang disembah oleh orang-orang kafir adalah benda-benda yang bernama kayu, batu, api, matahari dan sebagainya yang kesemua itu adalah makhluk.

Kalimah  ﺍ ﻟﻪ  membawa pengertian berikut:-


  • Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya.

  • Tuhan yang wajib disembah.

  • Tuhan yang mempunyai sifat ketuhanan.

  • Tuhan yang  bersifat istighnak dan iftikar.

  • Tuhan yang menghidupkan dan mematikan.

  • Tuhan yang terkaya di sekelian alam.

  • Tuhan yang mempunyai sifat alam berhajat kepadaNya (  ﺍ ﻟﻪ  )

  • Tuhan yang mendatangkan manfaat dan menolak mudarat.

  • Tuhan yang mengetahui yang zahir dan yang batin.

  • Tuhan yang adanya tidak dari sesuatu.

  • Tuhan yang adanya tidak ada permulaan.

  • Tuhan yang adanya tidak didatangkan perubahan.

  • Tuhan yang adanya tidak ditimpa kemusnahan.

  • Tuhan yang kekal adanya.

  • Tuhan yang sentiasa hidup dan tidak akan mati.

  • Tuhan yang sentiasa melihat serentak semasa keseluruhan.

  • Tuhan yang sentiasa mendengar serentak semasa keseluruhan.

  • Tuhan yang sentiasa berkata-kata tanpa henti.

  • Tuhan yang tidak beranak dan tidak diberanakkan.

  • Tuhan yang esa (tunggal) adanya.

  • Tuhan yang tidak berjirim dan tidak berarad.

  • Tuhan yang tidak mengambil ruang.

  • Tuhan yang bersalahan dengan yang baharu.

Dalam kalimah tauhid, Tuhan yang ditolak atau dinafikan bukanlah apa yang disembah oleh orang-orang kafir kerana itu semua bukan Tuhan. Yang ditolak dan dinafikan ( ﻻ  )  ialah (  ﺍ ﻟﻪ  ). Setelah ditolak dan dinafikan adanya   ﺍ ﻟﻪ  barulah ditetapkan siapakah Tuhan yang sebenar-benarnya iaitu (  ﺍ ﻻ ﺍﷲ ).

Sifat Tuhan 
ﺍ ﻟﻪ  hanya ada pada yang bernama ﺍﷲ 

No comments:

Post a Comment