Tahalul

 Tahalul

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Menurut bahasa Tahalul bererti ‘menjadi boleh’ atau ‘dihalalkan’. Dengan demikian Tahalul  ialah diperbolehkan, halal, keluar atau membebaskan diri daripada larangan atau pantangan Ihram dengan mencukur seluruh rambut di kepala atau menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Bagi yang sedia botak, maka hendaklah sekadar melalukan pisau di atas kepalanya.

 .

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya kamu tetap memasuki Masjidil Haram (pada masa ditentukan) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya… .” (Surah Al-Fath, ayat 27)

 .

Bergunting atau bercukur hanya sekali sahaja untuk ibadah haji dan sekali sahaja bagi satu ibadat umrah. Larangan yang dikenakan sebelum itu iaitu ketika ihram dimansuhkan dan perkara yang diharamkan bagi tempoh tertentu kini sudah halal untuk dilakukan. Ia juga bererti menamatkan amalan haji atau umrah untuk keluar daripada ihram.

 .

.

1.  Tahalul Awal    

Melepaskan diri dari keadaan Ihram, setelah melakukan dua di antara tiga perbuatan berikut :

  • Melontar Jamratul Aqabah dan bercukur.
  • Melontar Jamratul Aqabah dan Tawaf Ifadah,
  • Tawaf Ifadah, Saie dan bercukur.

Bercukur atau menggunting rambut boleh dilakukan lebih awal di Mina sebaik saja sampai dari Muzdalifah pada 10 Zulhijjah selepas melontar Jumratul Aqabah. Dihalalkan bagi jemaah haji melakukan segala larangan ihram, kecuali bercumbu-cumbuan, bersetubuh dan akad nikah.

 .

.

2.  Tahalul Thani / Qubra

Melepaskan diri dari keadaan Ihram setelah melakukan secara lengkap ketiga-tiga ibadah berikut:

  • Melontar Jamratul Aqabah.
  • Bercukur dan Tawaf Ifadah,
  • Saie

Tahlul Thani dilakukan selepas bertawaf dan saie haji, sekembalinya ke Makkah selepas selesai wukuf. Iaitu setelah melakukan semua rukun haji termasuk satu wajib haji iaitu melontar Jamratul Aqabah, walaupun belum melontar tiga jamrah dan bermalam di Mina, maka halal semua larangan ihram.

 .

.

3.  Tahalul Tawaf

Pembebasan diri daripada larangan ihram disebabkan tidak berwukuf (berhenti) di Arafah yang menjadikan haji tidak sah, kerana telah meninggalkan rukun haji.

 .

.

Hikmah Bercukur

  1. Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
  2. Rambut yang gugur di bumi Mina, semuanya akan menjadi saksi di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment