Isi Kandungan Dua Kalimah Syahadah
7 SAFAR 1437 HIJRAH
Umat Islam melafazkan dua kalimah syahadah tidak kurang dari 9 kali setiap hari iaitu dalam bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir sembahyang fardu 5 waktu. Dan bilangan lafaz dua kalimah syahadah itu akan bertambah jika diamalkan juga sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sunat rawatib, sunat dhuha, sunat witir, sunat terawih, sunat tahajud, sunat taubat, sunat hajat dan sebagainya.
Namun adakah kita memahami apakah yang terkandung di dalam dua kalimah syahadah ini? Adakah kita hanya sekadar menghafalnya dan melafazkan dengan lidah tanpa mengambil tahu ertinya yang tersurat dan yang tersirat? Kerana tidak memahami isi kandungan syahadah inilah, maka ramai umat Islam melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan maksud syahadah yang dilafazkan lidahnya.
Maka itu, adalah penting untuk kita memahami dan mengetahui isi kandungan sebenar kedua-dua syahadah yang kita lafazkan berulang-ulang kali setiap hari ini.
Isi kandungan dua kalimah syahadah dibahagikan kepada dua iaitu:-
1) maksud yang tersurat
2) maksud yang tersirat
1) Isi kandungan 2 kalimah syahadah yang tersurat.
Maksud yang tersurat dalam dua kalimah syahadah ialah maksud atau erti kata-kata dalam kedua-dua syahadah itu. Apabila kita melafazkan dua kalimah syahadah ini, kita sebenarnya memberi kesaksian terhadap 2 perkara iaitu:-
1) bahawa Allah itu esa.
2) bahawa Nabi Muhammad saw.adalah Pesuruh (Rasul) Allah
Memberi kesaksian ertinya kita mengaku bahawa apa yang kita saksikan itu adalah sesungguhnya benar. Untuk menjadi seorang saksi yang benar wajiblah kita mempunyai 3 perkara ini:-
1) Kenal atau tahu apa yang disaksikan itu.
Ertinya mesti kenal Allah dan kenal Nabi Muhammad saw. Untuk kenal mesti ada ilmu. Untuk mendapat ilmu mestilah dengan belajar. Belajar perlu kepada akal yang sihat dan berfungsi.
2) Percaya dan yakin apa yang disaksikan itu adalah benar.
Apabila telah kenal dan tahu, baharu boleh percaya. Bila sudah percaya akan datang rasa yakin di dalam hati. Inilah yang dinamakan iman.
3) Berikrar dan bersumpah apa yang disaksikan itu adalah benar.
Apabila telah ada iman, lafazkan atau mengaku dengan lidah.
Seorang saksi yang tidak mempunyai 3 perkara ini dinamakan sebagai saksi palsu.
Dua kalimah syahadah mengandungi 2 jenis syahadah iaitu:-
1) Syahadah Tauhid
2) Syahadah Rasul
Syahadah Tauhid
Melafazkan syahadah mestilah dengan mahraj huruf hijjah'iyah yang tepat dan betul. Bacaan yang salah akan menjejas maksud syahadah itu. Membaca 2 kalimah syahada adalah rukun qauli dalam fardu sembahyang 5 waktu. Jika lafaz syahadah salah, rukun sembahyang akan rosak. Jika rukun rosak, maka sembahyang kita juga akan rosak. Ibadah yang rosak tidak ada nilai di sisi Allah swt.
Lafaz syahadah tauhid - "Asy-ha-du al-laa ilaaha illallah" (jangan baca Assyah-du)
Aku bersaksi bahawa tiada ilaaha (Tuhan yang layak disembah), melainkan Allah.
Dinamakan syahadah tauhid kerana di dalamnya ada kalimah tauhid. Apakah kalimah tauhid itu?
Kalimah tauhid ialah kalimah yang menolak (menafikan) ada ilaaha (Tuhan yang layak disembah) dan menetapkan kalimah yang haq (Allah).
Syahadah tauhid bermaksud memberi kesaksian untuk mentauhidkan Allah. Apakah ertinya mentauhidkan Allah? Mentauhidkan Allah ertinya mengesakan Allah. Mengesakan Allah ertinya mengaku bahawa:-
1) Allah itu tunggal (satu)
2) Allah tidak ada sekutu atau saingan.
Inilah iktikad (kepercayaan) yang wajib diisi dalam kesaksian (syahadah) kita terhadap keesaan Allah. Inilah juga iktikad yang akan menghalang kita dari melakukan perkara-perkara syirik dan kurafat yang mana kedua-duanya boleh menyebabkan syahadah kita batal (murtad).
(Untuk memahami sepenuhnya sifat keesaan Allah, wajiblah ada asas ilmu tauhid.)
Salah faham tentang maksud kalimah ilaaha
Ilaaha atau ilaahi atau ilaahu membawa maksud yang sama iaitu Tuhan yang sebenar-benarnya yang layak disembah. Tuhan yang layak disembah ialah Tuhan yang mempunyai sifat ketuhanan.
Ramai umat Islam (terutama masyarakat Melayu) memahamkan kalimah Laa Ilaaha sebagai menafikan atau menolak apa yang disembah oleh orang kafir. Ilaaha difahamkan sebagai "Tuhan orang kafir". Ini adalah fahaman yang salah.
Apa yang disembah orang kafir bukan Tuhan tetapi makhluk. Sama ada berhala, patung, gambar, api, matahari, roh (spirit), salib dan sebagainya semua ini adalah sesuatu yang dijadikan. Setiap yang dijadikan adalah makhluk. Jika kita mengiktikadkan (percaya dalam hati) bahawa ilaaha itu ialah apa yang disembah orang kafir, kita sebenarnya telah menyamakan makhluk dengan Tuhan yang layak disembah. Menyamakan makhluk dengan Tuhan hukumnya adalah syirik.
Maksud sebenar kalimah "Laa ilaaha" ialah menolak Tuhan yang sebenar-benarnya, yang layak disembah, yang mempunyai sifat ketuhanan. Yang disembah orang kafir tidak boleh dimasukkan ke dalam kalimah ilaaha kerana ia telah tertolak dengan sendirinya.
Mengapa wajib menolak atau menafikan adanya Tuhan yang sebenarnya, yang layak disembah, yang mempunyai sifat ketuhanan?
Wajib tolak dan nafikan adanya ilaaha (Laa ilaaha) ialah supaya menjadikan keadaan benar-benar kosong (void). Setelah menjadi kosong baharulah kita menetapkan hanya Allah sahaja Tuhan yang satu, Tuhan yang tunggal dan Tuhan yang Esa. Inilah yang dimaksudkan dengan "Mentauhidkan Allah" - Laa ilaaha illallah.
Dan kita pun bersaksi (mengakui) hakikat ini dengan melafazkan syahadah tauhid - Asy-ha-du al-laa ilaaha illallah.
Syahadah Rasul
Syahadah Rasul adalah rukun qauli dalam sembahyang fardu. Wajib dibaca dengan tepat mengikut mahraj huruf hija'iyah. Lafas yang betul adalah seperti berikut:-
"Wa asy-ha-du anna Muhammadar Rasulullah" (baca anna dengan bersabdu pada huruf nun jika tidak ia akan menjadi ana)
Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasul Allah.
Syahadah Rasul ertinya memberi kesaksian kepada kerasulan Nabi Muhammad saw. Dinamakan sebagai syahadah rasul kerana ia mengandungi kalimah rasul. Kalimah rasul ialah kalimah yang menegaskan pangkat Nabi Muhammad saw adalah sebagai Rasul (Pesuruh) Allah.
Perhatikan bahawa ada perbezaan dalam sebutan pada nama Muhammad dalam syahadah rasul dan kalimah rasul. Dalam syahadah rasul disebut "Muhammadar Rasulullah". Dalam kalimah rasul ia disebut "Muhammadur Rasulullah".
** "Muhammadar Rasulullah" membawa maksud Nabi saw adalah subjek yang disaksikan sebagai Rasul.
** "Muhammadur Rasulullah" merujuk kepada pangkat Nabi saw iaitu pangkat seorang Rasul.
Pastikan kita membaca syahadah rasul dalam tahiyat akhir dengan betul dan tepat kerana jika salah sembahyang kita akan menjadi rosak.
Dengan kesaksian ini, kita mengaku kebenaran Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah. Sebagai Rasul (Pesuruh) Allah tugas Nabi Muhammad saw ialah menyampaikan wahyu Allah kepada umat manusia. Apabila kita telah mengaku kebenaran Nabi saw sebagai Rasul, ertinya kita mengaku juga akan kebenaran segala yang disampaikan Nabi saw. Apa yang disampaikan Nabi Muhammad saw ialah Agama Islam.
Bolehkah kita bersyahadah dengan nama Nabi-Nabi Allah yang lain? Jawapannya tidak boleh.
Setiap Nabi yang diutus menjadi Rasul membawa syariat (undang-undang) hanya untuk umat mereka pada zaman itu sahaja. Setiap Rasul yang baru dilantik Allah akan membawa syariat yang baru pula. Syariat yang baru ini akan menggantikan dan membatalkan syariat Rasul yang lama. Kedatangan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul membawa syariat Agama Islam dan membatalkan segala syariat sebelumnya. Nabi Muhammad saw adalah Nabi Allah yang terakhir diutus untuk umat manusia. Tidak akan ada Nabi lagi selepas Nabi Muhammad saw. Syariat yang dibawa Nabi Muhammad saw akan kekal sehingga Hari Kiamat kelak. Maka itu syahadah rasul yang sah hanyalah syahadah rasul Nabi Muhammad saw.
Begitu juga tidak boleh bersyahadah rasul dengan menggunakan nama-nama (gelaran-gelaran) Nabi Muhammad saw yang lain seperti al-Amin, Yassin, Ahmad, as-Sadiq, ar-Rasul dan sebagainya. Syahadah rasul yang sah mestilah nama Muhammad sahaja.
2) Isi kandungan 2 kalimah syahadah yang tersirat.
Dua kalimah syahadah adalah asas Agama Islam. Tanpa dua kalimah syahadah ini tidak akan ada Agama Islam dalam diri seorang itu. Jika tidak ada Agama Islam dalam diri, orang itu dihukum kafir.
Ini bererti keseluruhan ajaran Agama Islam berada di dalam kandungan dua kalimah syahadah ini. Gugur dua kalimah syahadah akan gugurlah keseluruhan Agama Islam. Ia juga bererti apabila seorang telah melafazkan dua kalimah syahadah ini, segala kewajipan agama akan jatuh ke atas bahunya iaitu memikul tanggungjawab melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad saw.
Isi kandungan Agama Islam dalam dua kalimah shahadah.
Yang wajib diisi dalam lafaz dua kalimah syahadah ada 3 perkara:-
1) Rukun Iman 6 perkara
2) Rukun Islam 5 perkara.
3) Ilmu Fardu Ain.
1) Rukun Iman
Apabila melafazkan dua kalimah syahadah, ertinya kita percaya kepada Allah dan percaya kepada Nabi Muhammad saw. Apabila telah percaya kepada Nabi saw, ertinya kita percaya kepada al-Qur'an. Melalui al-Qur'an kita mengenali Nabi-Nabi Allah, Malaikat-Malaikat Allah dan Kitab-Kitab Allah. Melalui al-Qur'an kita diberitahu tentang kedatangan Hari Kiamat. Dan al-Qur'an jugalah yang menerangkan bahawa Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (Qadak dan Qadar).
Inilah 6 rukun iman yang wajib ada dalam diri setiap yang telah melafazkan dua kalimah syahadah.
2) Rukun Islam
Apabila telah melafazkan dua kalimah syahadah, kita telah pun melaksanakan rukun Islam yang pertama. Apabila telah bersaksi akan kebenaran Allah dan Rasul-Nya, menjadi wajib atas kita untuk taat akan perintah-perintah Allah. Ada 4 perintah yang utama untuk kita laksanakan iaitu:-
* sembahyang
* puasa
* zakat
* haji.
Inilah perintah Allah yang disampaikan kepada kita melalui Nabi Muhammad saw. Allah yang memberi perintah dan Nabi Muhammad saw yang mengajari kita cara melaksanakan perintah-perintah ini. Apabila kita telah melafazkan kesaksian terhadap kebenaran Allah dan kebenaran Nabi-Nya, menjadi wajib atas kita untuk melaksanakan kesemua perintah di dalam rukun Islam ini.
3) Ilmu Fardu Ain.
Ilmu fardu ain ialah ilmu yang diwajibkan ke atas setiap mukallaf. Mukallaf ialah orang yang telah baligh, cukup akal dan sampai kepadanya seruan Agama Islam (lafaz dua kalimah syahadah). Dinamakan fardu ain kerana ia diwajibkan ke atas diri individu dan wajib ditanggung dirinya sendiri. Orang yang tidak mempunyai ilmu fardu ain dihukum berdosa.
Ilmu fardu ain terbagi 3 iaitu;-
1) Ilmu Tauhid
Ilmu tauhid ialah ilmu untuk mengenal Allah. Untuk menjadi saksi yang benar kepada Allah, wajiblah kita mengenal siapa itu Allah.
2) Ilmu Fiqh
Ilmu fiqh menerangkan segala hukum-hakam dalam Agama Islam termasuk cara melaksanakan ibadah yang diperintah Allah. Tidak boleh melakukan ibadah ikut sesuka hati kita. Ibadah yang sah ialah yang mengikut hukum syarak.
3) Ilmu Tasauf
Ilmu tasauf ialah ilmu untuk memperbaiki akhlak. Akhlak yang terbaik ialah akhlak Rasulullah saw. Apabila kita telah melafazkan syahadah rasul, wajiblah atas kita mengenali siapa itu Nabi Muhammad saw. Kenali sifat-sifatnya dan kenali akhlaknya. Bagaimana kita hendak mengaku menjadi umat Nabi Muhammad saw jika kita tidak mengenali diri Baginda dan tidak mencontohi akhlaknya yang mulia?
Akhir Kalam
Lafaz dua kalimah syahadah akan menjadikan diri kita Islam. Tetapi adakah ia juga menjadikan hati kita Islam? Hati hanya akan menjadi Islam jika semua isi kandungan dua kalimah syahadah itu ada pada hati, lidah dan perbuatan kita.
Hati - percaya dan yakin kepada Allah dan Rasul-Nya
Lidah - lafazkan kepercayaan itu dengan syahadah
Perbuatan - tidak melakukan perkara-perkara yang mendatangkan syirik, kurafat dan maksiat.
Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan isi kandungan dua kalimah syahadah adalah tanda seorang saksi yang bohong.
Dua Kalimah Syahadah

Kalimah Tauhid
Tidak ada Ilaaha (Tuhan yang layak disembah) melainkan Allah.

Kalimah Rasul
Muhammad adalah Rasul Allah.

No comments:
Post a Comment